Kurikulum: Ujian Sumatif (1) Jadual waktu ujian Tahun 4 & 5

Ujian Sumatif (1) akan dijalankan pada 7 Mac 2016



Perhimpunan pagi 29 Februari:

Penyampaian sijil MSSS kepada adik Muhammad Aidil Idham bin Ameruddin kelas 6 Gigih bagi Kejohanan Sepak Takraw di Daerah Hulu Langat pada 23 dan 24 Februari lalu. Tahniah kepada Cikgu Fadzli selaku jurulatih. Sijil disampaikan oleh Tuan Guru Besar Puan Norliana Basri




Badan Disiplin: Pemeriksaan kuku tangan, rambut, lencana dan stokin

Pemeriksaan telah dijalankan selepas waktu rehat hari ini bagi memastikan murid patuh peraturan sekolah.



Program NILAM: Pelancaran Program NILAM

Pelancaran Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) Peringkat Negeri Selangor, telah dilancarkan pagi ini oleh Guru Besar SKSK, Puan Norliana Basri.

Para Pengawas Pusat Sumber Sekolah




Pertukaran Puan Nurul Marsitah

Puan Nurul Marsitah akan bertukar ke Melaka mulai 1 Mac 2016. SKSK kehilangan seorang guru yang dedikasi. Semoga Puan Nurul cemerlang di tempat baharu.




Panitia Bahasa Inggeris: Program ' Spelling Bee'

Program ' Spelling Bee' yang dijalankan hari ini



#Harap maaf gambar kurang jelas



BKAP1M: Ibu bapa menerima Bantuan Khas Awal Persekolahan






Badan Disiplin: Peringatan kepada murid yang berbasikal ke sekolah

Peringatan daripada guru displin berkenaan keselamatan murid berbasikal ke sekolah;

1. Murid yg berbasikal ke sekolah perlu menyusun basikal masing-masing di tempat basikal yg disediakan dan pastikan berkunci.

2. Kehilangan basikal adalah tanggungjawab sendiri jika tidak berkunci.

3. Murid perlu menyorong  basikal apabila berada di dalam kawasan sekolah untuk keselamatan murid lain.


Amalan berkongsi kunci basikal bagi mengelakkan kecurian

Basikal yang berkunci di tempat letak basikal

Basikal yang tidak berkunci

- Guru Disiplin 



PIBG: Mesyuarat Agung PIBG ke 14

Sekitar Mesyuarat Agung PIBG ke 14
Pada 21 Februari 2016