Majlis Khatam Al Quran 2016

Majlis Sambutan Ihya' Ramadhan pagi ini dihiasi dengan Majlis Khatam Al Quran oleh 25 orang murid SKSK dipimpin oleh Ustaz NorHisyam Wan Abdul Satar. Majlis ini dirasmikan oleh YDP Pibg, Encik Ismail Dogol. Dimulai dengan tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Wan NorHisyam. Turut menyerikan majlis dengan kehadiran tenaga pengajar Celik Al Quran.

Persembahan nasyid 'Ramadhan Tiba' oleh murid-murid 5 Arif

Penyampaian cerderahati bagi peserta khatam al quran

Sumbangan Aidil Fitri bagi murid asnaf, yatim dan miskin

Sumbangan turut diberikan kepada Pengawal Keselamatan, Pekerja Swasta Pembersihan Sekolah dan Tenaga Pengajar Celik Al Quran. 

Cerderamata Hari Raya untuk guru disumbangkan sendiri oleh Tuan Guru Besar, Puan Norliana Basri.

Murid bersalaman dengan guru sebelum cuti Hari Raya

Wow! Semua dapat duit raya tu..Surah Yassin lagi. Pemberian Guru Besar yang pemurah dan baik hati. 





Persediaan Sambutan Penutup Ihya' Ramadhan 2016



Persediaan guru-guru Panitia Agama Islam bagi menjayakan Sambutan Penutup Ihya' Ramadhan pada hari esok bermula 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari



Ceramah Polis

Satu ceramah disiplin daripada Inspektor Amirul, IPD Sungai Buloh. Murid diperingatkan kesalahan bermain mercun.


Murid yang membawa mercun ke sekolah, diberi nasihat dan amaran.




Hari Terbuka 2016


Dijemput semua ibu bapa Tahun 4 dan 5 hadir ke sekolah pada hari esok Jumaat 24 Jun 2016 bagi mengambil kad pelaporan di samping membincangkan kemajuan anak masing-masing.

Selamat Kembali ke Sekolah


Hari ini juga, SKSK didatangi empat orang guru praktikum bahasa Inggeris dari Unisel. Mereka akan berada di SKSK selama empat bulan.