Lawatan Guru Besar dan Penolong Kanan ke Rumah Anak Yatim Al Falah


Mendapat penerangan daripada salah seorang penjaga rumah anak yatim ini, saudara Shukri.



Petang tadi, Guru Besar menyerahkan sebuah peti ais (sumbangan guru-guru & staf SKSK), vakum cleaner, pembakar roti 2 buah, cerek elektrik (disumbang oleh sebuah syarikat elektrik Sungai Buloh) yang kesemuanya berjumlah RM1245. 

Sempat bergambar bersama beberapa orang guru SK Seri Kundang dan penjaga rumah anak yatim yang gigih mendapatkan bantuan dari segi kewangan, alatan dan bahan mentah bagi digunakan oleh murid-murid yatim SK Seri Kundang dan SMK Seri Kundang seramai 17 orang. 

Bagi orang perseorangan dan syarikat atau badan-badan persatuan yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menghubungi pehak sekolah di talian 03-6034 4816 atau Cikgu Badrul di nombor 013-629 6296/ Cikgu Zafiru 019-2604979/ Cikgu Wan Kamrol 012-924 5754. 

Sumbangan atau infaq anda semua sangat dialu-alukan, hanya Allah saja dapat membalasnya.