Selamat Menduduki UPSR

Anakku..
Kejayaan atau kegagalan hari ini,
Bukanlah penentu siapa kamu,
Bukanlah segalanya, bukan juga apa-apa,
Akan ada sinar menanti di esok hari.
Namun, sekali kau melangkah ke luar sana,
Seribu halangan dan tipu daya menunggu,
Sejuta luka dan derita sedia membelenggu,
Sekali kau tersalah hitung, 
seumur hidup akan kau tanggung.
Anakku..
Tika pencakmu sumbang di mata sejagat,
Tika kau hilang rakan dan sahabat, 
Tika kau tiada siapa lagi di sisi,
Tika hati terasa sepi dan sunyi,
Tika jiwamu terkunci dalam diri sendiri,
Jangan kau resah jangan kau menangis;
kerana begitulah tarian hidup.
Carilah iman; itulah yang benar,
Jadikan kamu satu,
Ia akan setia menemani,
memimpinmu di setiap lorong dan liku.
Kerana sedetik dulu, aku pernah berada di situ.
Anakku..
Siapa pun kamu,
Ayah tetap bangga mendewasakan kamu,
Kerana kamu....adalah segalanya.