Keputusan Peraduan Mengarang Pantun

Keputusan Peraduan Mengarang Pantun Secara Online

Seramai 28 murid menyertainya

Undian Online keseluruhan: 2257

Tempat Pertama: 1184 undi
6.Wan Alysa Faiqah Binti Wan Mohd Zamri

Tempat Kedua: 582 undi
15. Aleeya Sofea binti Mohammad Asri

Tempat Ketiga: 147 undi
22. Auni Batrisyia bt Ahmad Lut

Tahniah kepada pemenang!

Terima kasih kepada para pengundi
kerana memberikan kerjasama
========================

Pantun mereka

6.Wan Alysa Faiqah Binti Wan Mohd Zamri

Indah bersinar cincin permata,
Dipakai oleh Puteri Bongsu;
Fikirlah dahulu sebelum berkata,
Agar kita tidak mendapat malu.

Sungguh cantik burung kenari,
Berdada kuning berparuh perang;
Kalau suka meninggi diri,
Ke mana pergi dibenci orang.

15. Aleeya Sofea binti Mohammad Asri

Pokok halia tumbuh melata,
Pokok nangka di tepi kali,
Berbanggalah menjadi anak merdeka,
Malaysia maju semakin dikenali.

Buah dukun kulit dijemur,
Tumbuh subur dikebun Pak Mat,
Rakyat tekun negara makmur,
Maju Malaysia rakyat selam

22. Auni Batrisyia bt Ahmad Lut

Pergi mengail di Tasik Biru,
Sukanya hati mendapat ikan,
Hendaklah kita mencari ilmu,
Bukan sekadar minum dan makan.

Pergi ke Thailand melawat safari,
Dapat berjumpa si kuda belang,
Janganlah kita suka mencuri,
Nanti kita dibenci orang.